Friday 24 February 2012

SYIAH? 1 LAGI ANCAMAN TERHADAP ISLAM(ANCAMAN UNTUK AHLI SUNNI)



     Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi Rasul selepas Baginda.

ALIRAN SYIAH 


Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian mereka kerana didakwa mereka akan melakukan keganasan seperti di Iraq dan Afganistan serta Pakistan.Mereka telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka.

PANDANGAN MENGENAI SYIAH


Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:

   Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".

   Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".

   Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".

   Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s, golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga.

   Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.

No comments:

Post a Comment