Tuesday, 3 April 2012
Tuesday, 28 February 2012
AKTIVITI SEMASA PPISMP (SEM 3)
VIDEO INI MACAM MEE SEGERA...KUALITI KURANG DAN SEBENARNYA MALAS NK EDIT LEBIH2...MENGANTUK DA..ESOK ADA KULIAH...SO,BT ALA KADAR AJE...LAGU PN XSESUAI..HAHA...
Saturday, 25 February 2012
KENAPA SYIAH BOLEH BERKEMBANG DI MALAYSIA?
PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR
Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :
Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi
sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa
orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil
untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah
dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati
menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.
Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk
mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama
“Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas
nasihat MAIS dan JAKIM.
CARA MENUNAIKAN SOLAT AHLI SYIAH?
1. Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum). Di Qom pun sama.
2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala
kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan
batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan
apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling
tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata
mereka manusia jadi dari pada tanah.
3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali
dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota
tiga kali berturut-turut akan membatalkan sembahyang. Setengah mereka
ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu sunat saja.
4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah ditambah kalimah: Wa Anna Aliyyan Wali Yullah. Dan selepas mengucapkan Haiyya ‘Alal fallah’ ditambahkan lagi dengan “Haiyya Ala Khairil ‘Amal’.
5. Wuduk mereka tidak payah basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.
6. Syarat untuk sembahyang Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah sembahyang di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai sembahyang Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.
7. Waktu sembahyang Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: “Rukuk “. Kalau berdiri dia seru: “Qiyam!“. Dan seterusnya dia sendiri tidak sembahyang Jumaat sampailah ke akhir.
8. Di mana-mana juga samada di jalan, dalam bas, di rumah, suasana
begitu tegang. Barangkali kerana semangat revolusi masih meluap.
Tempikan dan sorakan mudah meletup. Selalunya kalau ada yang menyebut
Rasulullah, nanti yang lain menyahut dengan salawat Rasulullah satu
kali. Tapi kalau tersebut Khomeini maka bergemalah salawat sebanyak tiga kali.
9. Setiap pagi hari Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu
orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan
doa, syarahan dan majlis makan.
Di Syria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil
memukul-mukul badan ke maqam, meratap-ratap dan mengongoi menangis.
Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya
lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan
suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita.
Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si
mati. Setengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.
10. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke- 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh)
akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi.Mereka menunggu-nunggu
kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu di dinding-dinding
bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar “Imam Mahdi” sedang tidur.
Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi.
Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin
Abdullah.
11. Hotel tempat kami peserta-peserta muktamar adalah asalnya
kepunyaan Raja Muda. Tapi jurukemas hotel ialah perempuan-perempuan.
Bagaimana sebuah negara Islam membenarkan perempuan masuk kawasan lelaki
dalam keadaan tidak lengkap penutupan auratnya? Semasa
muktamar di tingkat bawahnya ada disediakan hoggah (sejenis hisapan,
dihisap) yang boleh ketagih (seperti rokok). Para pejuangan Islam hisap
hoggah?
12. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa; berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.
13. Saya bertemu ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam muktamar
tersebut. Mereka dari Baluchistan. Diam saja, tidak berperanan apa-apa.
Nampak macam ketakutan. Mungkin dipaksa datang, tujuan hendak nampakkan persatuan Syiah dan Sunni. Dari mulut mereka saya dapat tahu ramai di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditangkap (dipenjarakan) oleh Khomeini.
Salah seorang yang tertangkap ialah bertaraf mujtahid. Setiap kali
delegasi ke Sungai Penchala ada seorang Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam
rombongan mereka. Tapi diam saja, tidak ada peranan apa-apa. Akhirnya
baru saya tahu rupanya itulah satu cara orang Iran hendak yakinkan dunia
bahawa mereka bukan perjuangkan Syiah atau Sunniah tapi perjuangkan
Jumhuriah Islamiah selari dengan laungan:
“Tiada Syiah. Tiada Sunni, tapi Jumhuriah Islamiah.”
yang dilaungkan di mana-mana di Iran. Maka mereka jemput Ahli Sunnah
Wal Jamaah yang sudah dibelenggu (untuk program mereka). Mereka “brain
wash” siapa juga untuk jadi macam mereka.
14. Hampir tiap-tiap malam dan tengah malam kami diganggu oleh
ketukan di pintu. Kemudian masuk seorang bertanyakan apa pandangan
tentang revolusi atau komen tentang Khomeini atau komen tentang Iran.
Hingga kami tidak rehat-rehat.
Demikian gopohnya mereka meminta kami jadi seperti mereka. Padahal
cara memaksa-maksa begitu bukan kaedah terbaik untuk menawan fikiran dan
perasaan manusia.
15. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri,
meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali
kematian Sayidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi
mayat. Tapi Khomeini tidak pernah tegur anak buahnya yang buat begitu.
Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat
sebesar itu didiamkan saja.
Menyaksikan dan mendengar 15 perkara di atas, saya rasa muktamadlah
sudah yang orang Syiah bukan pejuang kebenaran. Sebaliknya mereka telah mempermain-mainkan Al Quran dan Sunnah. Perjuangan mereka sebenamya perjuangan politik. Bukan untuk Allah dan Rasul tapi untuk kepentingan mereka saja.
Sebab itu saya mahu segera balik ke Malaysia. Setelah 11 hari di sana, walaupun tempoh program di Iran belum selesai.
Perjuangan rakyat Iran sebenarnya perjuangan politik mereka. Bukan
perjuangan fisabilillah yang bertujuan menegakkan hukum-hakam Allah.
Dan tidak ada sangkut paut antara perjuangan saya dengan perjuangan
bentuk ini. Jadi buat apa saya korbankan masa dan tenaga untuk mereka?
Sejak itu hingga kini tiada lagi delegasi mereka berkunjung ke
penempatan kami.
Friday, 24 February 2012
SYIAH? 1 LAGI ANCAMAN TERHADAP ISLAM(ANCAMAN UNTUK AHLI SUNNI)
Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi Rasul selepas Baginda.
ALIRAN SYIAH
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang
yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang
paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi
juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa
diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah
termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh
peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan
Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian
mereka kerana didakwa mereka akan melakukan keganasan seperti di Iraq
dan Afganistan serta Pakistan.Mereka telah melakukan beberapa dialog
dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada
sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan
pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka.
PANDANGAN MENGENAI SYIAH
Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an
dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah
as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian
pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka
yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang
bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi;
yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang
(lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk
mengalahkan orang yang dari musuhnya".
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari
tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr
al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W
bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari
Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya
lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang
mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran
dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan
kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni
golongan Ibrahim a.s, golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan
Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan
terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau
membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama
dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga.
Terbukti
golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat
kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri
menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam
Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan
Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan
diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan
dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far
as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak
mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.
Wednesday, 22 February 2012
Wednesday, 15 February 2012
freemason
Freemason adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang timbul dari asal-usul tersembunyi dalam 16 lewat awal abad ke-17. Freemason kini wujud dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahlian dianggarkan kira-kira enam juta, termasuk kira-kira 150,000 di bawah bidang kuasa Grand Lodge Scotland dan Grand Lodge Ireland, lebih satu perempat daripada satu juta di bawah bidang kuasa Amerika Syarikat. Grand Lodge of England dan hanya di bawah dua juta di Amerika Syarikat.
Freemason ditubuhkan untuk mencipta provokasi ke atas semua agama...terutamanya agam ISLAM. Pertubuhan ini akan mecacatkan agama ISLAM dalam apa cara sekali pun.
Tuesday, 7 February 2012
pendahuluan
assalamualaikum w.rt.b...bermulanya blog ini bertarikh 8 febuari 2012..blog ini dibuat adalah untuk memenuhi kursus pengajian BMM3105 yang saya pelajari pada semester 3 pismp di kampus institut pendidikan guru kampus sultan mizan. justeru kandungan dalam blog ini adalah untuk tontonan umum...tiada unsur 18sx,pl,sg. semoga blog ini menjadi pemangkin untuk kemajuan diri saya...saya juga berharap blog ini dapat memberi sumber inspirasi kepada para blogger...sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)