Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah salah satu mazhab terbesar dalam Islam selepas Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam tidak sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir .Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi Rasul selepas Baginda.
ALIRAN SYIAH
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang
yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang
paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi
juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa
diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah
termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh
peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan
Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.
Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian
mereka kerana didakwa mereka akan melakukan keganasan seperti di Iraq
dan Afganistan serta Pakistan.Mereka telah melakukan beberapa dialog
dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada
sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan
pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka.
PANDANGAN MENGENAI SYIAH
Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an
dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah
as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim
benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang
kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian
pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka
yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang
bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang
lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi;
yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang
(lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk
mengalahkan orang yang dari musuhnya".
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari
tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr
al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W
bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari
Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya
lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang
mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran
dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan
kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni
golongan Ibrahim a.s, golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan
Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan
terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau
membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama
dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga.
Terbukti
golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat
kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri
menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam
Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan
Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan
diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan
dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far
as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak
mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.
No comments:
Post a Comment